Tarikh hari ini, 2 April 2010. Genap sebulan K-Z bersama anggota Sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau singkatannya Sukarelawan JPAM atau nama glamournya RESCUE 999. Dulu dikenali sebagai JPA3. Pengalaman yang K-Z dapat sangat berharga.
Walaupun tugas-tugas yang dilakukan kadang-kadang agak remeh seperti menyelamatkan kucing, tapi kepuasan sebagai salah seorang anggota penyelamat amat manis. Contoh terbaru, kes malam tadi. Kami dapat panggilan untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap pada saluran air hujan di sebuah rumah di Taman PUJ, Puncak Jalil. Kes berjaya diselesaikan dan kucing yang terperangkap berjaya dikeluarkan.Tu baru selamatkan kucing.
Tugas-tugas seorang anggota penyelamat RESCUE 999 bukan tu jer. Menyelamatkan mangsa kemalangan (MVA) , tangkap ular, musnah sarang lebah & tebuan, mencari dan menyelamat (SAR), dan lain-lain. Secara keseluruhannya, tugas RESCUE 999 merangkumi keselamatan orang awam sebelum, ketika, dan selepas sesuatu bencana.
Asalnya, dah lama K-Z nak jadi anggota Sukarelawan JPAM. Sejak dapat pendedahan di PLKN pada tahun 2004. Tapi tak tahu macam mana. Kini K-Z dah capai 1 target dalam hidup K-Z. K-Z dah pun menjadi seorang anggota Sukarelawan JPAM. Sekarang ni tengah tunggu untuk dapat uniform JPAM.
Bila la boleh pakai yer...??