Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik

Wednesday, April 21, 2010

Hari-hari yang bosan..

Adoyai.. Bosan rasanya hati..
Pergi kerja tapi takde kerja. Dah 3 hari K-Z standby syif petang di Gerakan Pertahanan Awam Putrajaya tanpa sebarang kes diterima..

Jangan lak salah sangka. Bukannya K-Z minta musibah berlaku ke atas orang awam. Sebenarnya baguslah kalau tak de terima sebarang kes nie. Ini menandakan keselamatan orang awam di sekitar lingkungan Pertahanan Awam cawangan Putrajaya dalam keadaan baik dan terkawal. Alhamdulillah..

Sunday, April 11, 2010

Lunascape6 Browser



Lunascape6:ORION nie merupakan browser yang mempunyai ciri-ciri yang unik. Ia menggabungkan ketiga-tiga rendering engine yang terdapat pada Internet Explorer (Trident), Mozilla Firefox (Gecko) dan Safari/Google Chrome (WebKit). Secara kesimpulannya Lunascape6:ORION ialah gabungan 3 browser dalam 1 (3 in 1).

Tak perlu lagi korg nak tukar browser bila dapat notification macam nie "This webpage is not supported by your browser".

Kalau korg berminat, boleh download kat URL nie: Klik Sini

Friday, April 2, 2010

Sebulan sudah berlalu..


Tarikh hari ini, 2 April 2010. Genap sebulan K-Z bersama anggota Sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau singkatannya Sukarelawan JPAM atau nama glamournya RESCUE 999. Dulu dikenali sebagai JPA3. Pengalaman yang K-Z dapat sangat berharga.

Walaupun tugas-tugas yang dilakukan kadang-kadang agak remeh seperti menyelamatkan kucing, tapi kepuasan sebagai salah seorang anggota penyelamat amat manis. Contoh terbaru, kes malam tadi. Kami dapat panggilan untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap pada saluran air hujan di sebuah rumah di Taman PUJ, Puncak Jalil. Kes berjaya diselesaikan dan kucing yang terperangkap berjaya dikeluarkan.Tu baru selamatkan kucing.

Tugas-tugas seorang anggota penyelamat RESCUE 999 bukan tu jer. Menyelamatkan mangsa kemalangan (MVA) , tangkap ular, musnah sarang lebah & tebuan, mencari dan menyelamat (SAR), dan lain-lain. Secara keseluruhannya, tugas RESCUE 999 merangkumi keselamatan orang awam sebelum, ketika, dan selepas sesuatu bencana.

Asalnya, dah lama K-Z nak jadi anggota Sukarelawan JPAM. Sejak dapat pendedahan di PLKN pada tahun 2004. Tapi tak tahu macam mana. Kini K-Z dah capai 1 target dalam hidup K-Z. K-Z dah pun menjadi seorang anggota Sukarelawan JPAM. Sekarang ni tengah tunggu untuk dapat uniform JPAM.

Bila la boleh pakai yer...??