Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik

Sunday, December 4, 2011

Coretan hati...

Terdetik di dalam hati, "Adakah keputusanku ini tepat?"

Bunga-bunga kerapuhan mula berputik.
Banyak persoalan yang rumit mulai timbul.
Gelisah melanda diriku.
Adakah aku perlu menghadapinya sekali lagi?
Adakah aku yang tersilap membuat percaturan?
Adakah ini takdirku?

Sekian lama aku berpegang teguh,
sekian lama aku menanti,
selama itu juga aku berharap.

Dulu, mentari itu pernah bersinar.
Memberi kehangatan buatku.
Menerangi perjalanan hidupku.
Tetapi, kehangatan itu tidak lama.
Ribut datang melanda.
Membawa pergi mentari hidupku.
Namun begitu, aku tetap bertahan.
Tetap mempertahankan harapanku.
"Mentari itu pasti kembali."

Masa terus berlalu.
Aku diselubungi awan mendung.
Di mana hangat mentari?
Aku tetap mencari tanpa henti.

Dengan harapan aku mencari.
Kutemui jua sang mentari.
Walau tidak sehangat dahulu.
Tapi cukup untuk diriku.
Cukup untuk menghangatkan jiwaku.
Cukup untuk menjadi pelangi.
Sehingga ke hari ini.

Waktu silih berganti.
Mentari semakin bersinar.
Pelangi semakin menyerlah.
Aku sungguh bahagia.

Tiba-tiba, sang bayu mengusik.
Meniupkan angin resah.
Membawa awan-awan halus.
Hatiku terdetik seketika.
Adakah gerimis akan melanda?
Adakah aku akan kehilangan sang mentari lagi?
Adakah pelangi akan lenyap bersama mentari?
Adakah jiwaku akan hilang hangatnya?
Persoalan yg tiada jawapan.

Aku perlu berusaha.
Aku perlu memastikannya.
Agar sang mentariku tidak akan hilang lagi.

04122011~MUKHZANUFAR2011~

Wednesday, August 17, 2011

Karutan di waktu pagi..

Salam guys..

Jam sekarang menunjukkan 4:57AM.
Selamat bersahur kepada korg2 yang sedang bersahur pada ketika ini..

Lokasi K-Z sekarang nie kat Segamat. Ada kerja luar yg memerlukan K-Z berada di sini.

Tak de pape pun yg nak K-Z katakan sebenarnya. Sekadar nak mengaktifkan kembali blog K-Z nie. Almaklumlah dah lama tak post apa-apa kan. Sambil-sambil tu bole gak dengar lagu-lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio.

Dengar lagu-lagu raya kali nie rasa terharu pulak. Tahun nie K-Z akan balik raya pada malam raya. Uhukk.. K-Z kene kerja pada hari Isnin tu. Tak dapat cuti.. huwaa.. Abah, Ibu.. Nantikan  kepulangan anakmu ini pada malam raya yer..

Sebenarnya K-Z terharu sebab ni kali pertama K-Z akan balik ke kampung. Selama nie K-Z tak pernah rasa macam mana balik kampung... sebab K-Z memang berada di kampung. Hehe. Tapi tahun ni keadaannya berlainan. Bekerja jauh dari kampung membolehkan K-Z balik kampung untuk menyambut hari raya. Yeayy...!! Excited giler rasanya..

Tak sabar rasanya nak tunggu hari raya..

Lalalalalaa...

Friday, August 12, 2011

Kembali ke pangkal blog..

Adoi..
Last post kata nak comeback, tapi kene hold atas masalah-masalah yang merumitkan kehidupan. Dah setahun sehari blog nie tak berusik pun. Hingga terlupa kewujudan blog nie. Dah tahun 2011, tapi heading masih lagi 2010. Nak lagi ke tak blog nie haa??Klau taknak, tutup jek blog nie..

Haishh... takpe lah..

Atas dasar masih sayangkan lagi blog nie, K-Z akan mengekalkannya dan akan melakukan beberapa renovation layout dan konsep (*mungkin) serta update content dari semasa ke semasa. Tapi buat masa nie, K-Z hanya boleh update content jer la sebab online terminal terhad dan ketiadaan gadget. huhu..

K-Z tengah nk usahakan untuk mendapatkan Acer ICONIA untuk dijadikan online terminal tetap. Maybe next post mungkin dari ICONIA kot.. hehe.. Harap-harap berjaya lah yer..

FYI, lokasi K-Z kini berada di Mersing sejak April yang lalu. Dah dapat kerja kat sini. So, kenalah menyesuaikan diri. Tapi tak jadi masalah pun dan Alhamdulillah K-Z masih lg di bumi Mersing.
(Geng2 di & dari Mersing, roger2 la K-Z...)

Akhir kata, K-Z nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua.

Salam..
Adios..