Salam Ramadhan..
Rasanya belum terlambat KayZ nak ucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah di sini. Harap rakan-rakan semua dapat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dengan penuh kesabaran dan mendapat keberkatan Illahi.
Dan sempena bulan yang penuh keberkatan ini, KayZ nak umumkan satu berita gembira. Insya-Allah pertengahan bulan 9 nie, KayZ akan melangsungkan perkahwinan dengan satu-satunya cinta hati KayZ.
Alhamdulillah, segala kesabaran dan penantian selama ini akhirnya berbaloi. Segala resah dan gelisah sebelum ini terubat jua.
KayZ mohon kepada semua rakan-rakan supaya dapat mendoakan kebahagiaan KayZ dan pasangan sehingga akhir hayat.
Insya-Allah, KayZ akan update cerita dan berita menarik yang berlaku.
Sehingga bertemu lagi..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment