Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik

Saturday, September 15, 2012

Di Pagi Hari Kejadian..

Assalamualaikum rakan-rakan blogger.. Semoga terkhabar sihat disamping keluarga.

Hari ini hari yang paling gembira dan yang paling mendebarkan. Hari ini merupakan hari KayZ akan menamatkan zaman bujang. Segala perasaan bercampur baur. Gembira, resah, excited, tak tau nk pikir apa. Pagi majlis akad, tengahari majlis kenduri sebelah perempuan. Tema baju pengantin hari ini warna ungu.

Doakan majlis KayZ berjalan dengan lancar.

Tak tahu nak ngomel apa lagi.

Wassalam.

Monday, September 10, 2012

Menghitung Hari.. 15 & 16 September..

Dalam beberapa hari lagi KayZ akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama permata hati. Sungguh teruja dan berdebar rasa hati. Harap-harap semua berjalan lancar seperti dirancang. Kepada rakan-rakan blogger, doakan majlis kami berjalan dengan penuh keberkatan. Doakan kami bahagia sepanjang hayat kami.

Saturday, August 18, 2012

Salam Lebaran 1433H

Assalam w.b.t.

"Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar..

Perginya Ramadhan membawa seribu kenangan manis kepada umat manusia yang rajin beribadah. Selamat tinggal wahai Ramadhan. Semoga bertemu lagi jika diizinkan.

Salam diberi wahai Syawal. Selamat datang wahai bulan kegembiraan dan kemenangan. Setelah sebulan berjuang melawan nafsu, kehadiran Syawal memang dinanti. Seluruh umat Islam bersama-sama merayakannya.

Dalam kemeriahan Syawal, janganlah dilupakan insan yang tidak mampu merayakannya. Bantulah seikhlas dan semampunya. Semoga dengan keikhlasan dapat mengukir senyuman kepada mereka."


Salam Eidulfitri kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi singgah disini. Ampun maaf diucapkan 'dari hujung broadband sehingga hujung tetikus' kepada rakan-rakan jika KayZ ada melakukan perkara yang mengguris hati dan perasaan rakan-rakan.

Kepada rakan-rakan yang terpaksa bertugas di hari lebaran, Selamat bertugas kepada anda. Tanpa anda semua, tiadalah kami sebagai warga Malaysia dapat mengecapi kedamaian sehingga hari ini.

Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung, berhati-hati memandu jika anda memandu. Semoga selamat sampai destinasi.

Dan kepada semua yang tidak tersenarai disini, Salam lebaran untuk anda semua.

Sunday, August 5, 2012

Konvoi Amal Ramadhan Siri 1/2012

Assalamualaikum w.b.t

Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan. Harap semua sihat hendaknya.

Hari ini, KayZ dapat ikut konvoi bersama rakan-rakan radio amatur ke Endau sempena Konvoi Amal Ramadhan. Kami berkonvoi sekitar Endau untuk menyampaikan sumbangan rakan-rakan radio amatur ke 14 buah rumah yang terpilih.

Alhamdulillah program konvoi tersebut berjalan dengan lancar dan selamat.
Terima kasih kepada rakan-rakan radio amatur, KPKR Mersing dan semua yang terlibat menjayakan program Konvoi Amal Ramadhan