Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik
Showing posts with label mengarut. Show all posts
Showing posts with label mengarut. Show all posts

Sunday, December 4, 2011

Coretan hati...

Terdetik di dalam hati, "Adakah keputusanku ini tepat?"

Bunga-bunga kerapuhan mula berputik.
Banyak persoalan yang rumit mulai timbul.
Gelisah melanda diriku.
Adakah aku perlu menghadapinya sekali lagi?
Adakah aku yang tersilap membuat percaturan?
Adakah ini takdirku?

Sekian lama aku berpegang teguh,
sekian lama aku menanti,
selama itu juga aku berharap.

Dulu, mentari itu pernah bersinar.
Memberi kehangatan buatku.
Menerangi perjalanan hidupku.
Tetapi, kehangatan itu tidak lama.
Ribut datang melanda.
Membawa pergi mentari hidupku.
Namun begitu, aku tetap bertahan.
Tetap mempertahankan harapanku.
"Mentari itu pasti kembali."

Masa terus berlalu.
Aku diselubungi awan mendung.
Di mana hangat mentari?
Aku tetap mencari tanpa henti.

Dengan harapan aku mencari.
Kutemui jua sang mentari.
Walau tidak sehangat dahulu.
Tapi cukup untuk diriku.
Cukup untuk menghangatkan jiwaku.
Cukup untuk menjadi pelangi.
Sehingga ke hari ini.

Waktu silih berganti.
Mentari semakin bersinar.
Pelangi semakin menyerlah.
Aku sungguh bahagia.

Tiba-tiba, sang bayu mengusik.
Meniupkan angin resah.
Membawa awan-awan halus.
Hatiku terdetik seketika.
Adakah gerimis akan melanda?
Adakah aku akan kehilangan sang mentari lagi?
Adakah pelangi akan lenyap bersama mentari?
Adakah jiwaku akan hilang hangatnya?
Persoalan yg tiada jawapan.

Aku perlu berusaha.
Aku perlu memastikannya.
Agar sang mentariku tidak akan hilang lagi.

04122011~MUKHZANUFAR2011~

Wednesday, August 17, 2011

Karutan di waktu pagi..

Salam guys..

Jam sekarang menunjukkan 4:57AM.
Selamat bersahur kepada korg2 yang sedang bersahur pada ketika ini..

Lokasi K-Z sekarang nie kat Segamat. Ada kerja luar yg memerlukan K-Z berada di sini.

Tak de pape pun yg nak K-Z katakan sebenarnya. Sekadar nak mengaktifkan kembali blog K-Z nie. Almaklumlah dah lama tak post apa-apa kan. Sambil-sambil tu bole gak dengar lagu-lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio.

Dengar lagu-lagu raya kali nie rasa terharu pulak. Tahun nie K-Z akan balik raya pada malam raya. Uhukk.. K-Z kene kerja pada hari Isnin tu. Tak dapat cuti.. huwaa.. Abah, Ibu.. Nantikan  kepulangan anakmu ini pada malam raya yer..

Sebenarnya K-Z terharu sebab ni kali pertama K-Z akan balik ke kampung. Selama nie K-Z tak pernah rasa macam mana balik kampung... sebab K-Z memang berada di kampung. Hehe. Tapi tahun ni keadaannya berlainan. Bekerja jauh dari kampung membolehkan K-Z balik kampung untuk menyambut hari raya. Yeayy...!! Excited giler rasanya..

Tak sabar rasanya nak tunggu hari raya..

Lalalalalaa...

Friday, August 12, 2011

Kembali ke pangkal blog..

Adoi..
Last post kata nak comeback, tapi kene hold atas masalah-masalah yang merumitkan kehidupan. Dah setahun sehari blog nie tak berusik pun. Hingga terlupa kewujudan blog nie. Dah tahun 2011, tapi heading masih lagi 2010. Nak lagi ke tak blog nie haa??Klau taknak, tutup jek blog nie..

Haishh... takpe lah..

Atas dasar masih sayangkan lagi blog nie, K-Z akan mengekalkannya dan akan melakukan beberapa renovation layout dan konsep (*mungkin) serta update content dari semasa ke semasa. Tapi buat masa nie, K-Z hanya boleh update content jer la sebab online terminal terhad dan ketiadaan gadget. huhu..

K-Z tengah nk usahakan untuk mendapatkan Acer ICONIA untuk dijadikan online terminal tetap. Maybe next post mungkin dari ICONIA kot.. hehe.. Harap-harap berjaya lah yer..

FYI, lokasi K-Z kini berada di Mersing sejak April yang lalu. Dah dapat kerja kat sini. So, kenalah menyesuaikan diri. Tapi tak jadi masalah pun dan Alhamdulillah K-Z masih lg di bumi Mersing.
(Geng2 di & dari Mersing, roger2 la K-Z...)

Akhir kata, K-Z nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua.

Salam..
Adios..

Friday, April 2, 2010

Sebulan sudah berlalu..


Tarikh hari ini, 2 April 2010. Genap sebulan K-Z bersama anggota Sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau singkatannya Sukarelawan JPAM atau nama glamournya RESCUE 999. Dulu dikenali sebagai JPA3. Pengalaman yang K-Z dapat sangat berharga.

Walaupun tugas-tugas yang dilakukan kadang-kadang agak remeh seperti menyelamatkan kucing, tapi kepuasan sebagai salah seorang anggota penyelamat amat manis. Contoh terbaru, kes malam tadi. Kami dapat panggilan untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap pada saluran air hujan di sebuah rumah di Taman PUJ, Puncak Jalil. Kes berjaya diselesaikan dan kucing yang terperangkap berjaya dikeluarkan.Tu baru selamatkan kucing.

Tugas-tugas seorang anggota penyelamat RESCUE 999 bukan tu jer. Menyelamatkan mangsa kemalangan (MVA) , tangkap ular, musnah sarang lebah & tebuan, mencari dan menyelamat (SAR), dan lain-lain. Secara keseluruhannya, tugas RESCUE 999 merangkumi keselamatan orang awam sebelum, ketika, dan selepas sesuatu bencana.

Asalnya, dah lama K-Z nak jadi anggota Sukarelawan JPAM. Sejak dapat pendedahan di PLKN pada tahun 2004. Tapi tak tahu macam mana. Kini K-Z dah capai 1 target dalam hidup K-Z. K-Z dah pun menjadi seorang anggota Sukarelawan JPAM. Sekarang ni tengah tunggu untuk dapat uniform JPAM.

Bila la boleh pakai yer...??

Monday, January 11, 2010

Run Away..

I feel depressed
wherever i go, whatever i do
the memories kept coming
in my mind
it hurts my heart

sometimes i think
i want to, i need to
i have to get away
anywhere but not here
just everywhere

i want tu run away
run away from the memories
run away from all the pain
i want to run away from here
just go anywhere except here

Sunday, December 27, 2009

Baru balik dari Bumi Kenyalang...

Salam hormat kepada reader sekalian.

Seminggu lebih aku mendiamkan diri tanpa sebarang entry terbaru. Terasa sepi jer blog aku nih. Pada mulanya sengaja aku nak biarkan entry AVATAR tu dok lama kat frontpage blog, saja nak promote movie yang best kat kengkawan blogger. Tapi makin hari, aku ketandusan idea akibat kebosanan yang melanda. Tajuk dah ada, tapi bila dok depan laptop, blank.

Summary perjalanan hidupku setakat hari nie:

Ada 2 entry yang 'pending'. Dua majlis kenduri kahwin...

1. Majlis kenduri kahwin dua lecturer kesayangan iaitu Cik Qama dan Cik Norahani yang telah menukarkan title dyorg kepada Puan Qama dan Puan Norahani pada 20 Disember arituh. Banyak pengalaman dan cabaran ditempuhi untuk ke majlis dyorg.

2. Sambutan Hari Lahir secara ekspress untuk Nad. Siapa Nad dan apa yang ekspress tuh?

Untuk 2 entry yang 'pending' nie, aku nak post gambar jer lah & elaborate sikit2. Tapi tunggu esok.

Buat hari nie, entry aku cuma nak bagitau yang aku sampai LCCT dari Bumi Kenyalang pada jam 7 malam tadi. Aku akan postkan log perjalanan aku untuk topik nie. Yang nie pun tunggu esok jugak lah.

Now it's rehat time!!! Sangat penat berjalan di Bumi Kenyalang..

Adios & Salam..

Friday, December 18, 2009

Review... AVATAR 2009, 17 Disember 2009

Huh...

review...

wayang...

AVATAR...

ngantuk...

esok la review...

k lh...

bye...

-zzzzzzzz-