Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik
Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Hari-hari yang bosan..

Adoyai.. Bosan rasanya hati..
Pergi kerja tapi takde kerja. Dah 3 hari K-Z standby syif petang di Gerakan Pertahanan Awam Putrajaya tanpa sebarang kes diterima..

Jangan lak salah sangka. Bukannya K-Z minta musibah berlaku ke atas orang awam. Sebenarnya baguslah kalau tak de terima sebarang kes nie. Ini menandakan keselamatan orang awam di sekitar lingkungan Pertahanan Awam cawangan Putrajaya dalam keadaan baik dan terkawal. Alhamdulillah..

Friday, April 2, 2010

Sebulan sudah berlalu..


Tarikh hari ini, 2 April 2010. Genap sebulan K-Z bersama anggota Sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau singkatannya Sukarelawan JPAM atau nama glamournya RESCUE 999. Dulu dikenali sebagai JPA3. Pengalaman yang K-Z dapat sangat berharga.

Walaupun tugas-tugas yang dilakukan kadang-kadang agak remeh seperti menyelamatkan kucing, tapi kepuasan sebagai salah seorang anggota penyelamat amat manis. Contoh terbaru, kes malam tadi. Kami dapat panggilan untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap pada saluran air hujan di sebuah rumah di Taman PUJ, Puncak Jalil. Kes berjaya diselesaikan dan kucing yang terperangkap berjaya dikeluarkan.Tu baru selamatkan kucing.

Tugas-tugas seorang anggota penyelamat RESCUE 999 bukan tu jer. Menyelamatkan mangsa kemalangan (MVA) , tangkap ular, musnah sarang lebah & tebuan, mencari dan menyelamat (SAR), dan lain-lain. Secara keseluruhannya, tugas RESCUE 999 merangkumi keselamatan orang awam sebelum, ketika, dan selepas sesuatu bencana.

Asalnya, dah lama K-Z nak jadi anggota Sukarelawan JPAM. Sejak dapat pendedahan di PLKN pada tahun 2004. Tapi tak tahu macam mana. Kini K-Z dah capai 1 target dalam hidup K-Z. K-Z dah pun menjadi seorang anggota Sukarelawan JPAM. Sekarang ni tengah tunggu untuk dapat uniform JPAM.

Bila la boleh pakai yer...??

Friday, March 5, 2010

Setelah sekiian lama..

Salam kepada para reader yang sudi melawat blog K-Z yang tak seberapa ini.

Kali terakhir K-Z menaip adalah pada 29 Januari 2010. K-Z membebel berkaitan kisah hati yang tak kesampaian, tersekat ditengah jalan. Dah2, lupakan semua karutan itu. Agak lama juga K-Z mendiamkan diri kan. Tak ada apa-apa yang nak K-Z ceritakan sepanjang tempoh itu.

Tapi kini K-Z dah kembali menaip dalam blog KayZ's World ini. Untuk ingatan para readers, blog KayZ's World ini merupakan lakaran peribadi yang mencorakkan kehidupan K-Z. Apa sahaja peristiwa menarik yang berlaku dalam kehidupan K-Z akan dimuatkan dalam blog ini.

Pertama-tamanya sebagai permulaan. K-Z ada membuka satu kedai maya yang menjual buku-buku ilmiah keagamaan dan motivasi. Buku-buku yang terdapat dalam kedai maya tersebut adalah terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Kalau para readers berminat untuk mendapatkan buku-buku seperti Indahnya Hidup Bersyariat karya Dato' Hj Ismail Kamus, Formula Solat Sempurna karya Ust Zaharuddin, 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang karya Dato' Ustzh Siti Nor Bahyah dan banyak lagi, anda boleh berkunjung ke kedai maya K-Z di alamat berikut:

 

Keduanya, sekarang ini K-Z sedang menjalani attachment selama 60 jam di bilik gerakan Pertahanan Awam Daerah Putrajaya sebagai anggota Pertahanan Awam bermula pada hari Rabu bersamaan 3 Mac 2010. So, All The Best for me.

Itu saja buat masa ini.
Jumpa lagi di post yang berikutnya.

Salam blogging,
K-Z

Thursday, December 17, 2009

Huh... Interview??

Salam reader...

Hampir seminggu aku duduk di rumah tanpa berbuat apa2 selain mangadap laptop dan melayari internet. Sungguh bosan aku terasa. Nak keluar xde planning ke mane. Nak bergaduh dgn Kitty, dah slalu sangat. Tak tau apa nak buat untuk hilangkan rasa bosan dihati.

Petang tadi, aku dapat satu panggilan dari En. Ahmad, pegawai yang in-charge kursus aku tempoh hari. Perbualan kami seperti begini (lebih kurang la):

Aku: Hello, salam.
En Ahmad: Salam Khafif. Ahmad nie. Awak tau tak interview awak esok?
Aku: Hah, esok? Tak tau pun.
En. Ahmad: Ye, esok jam 9 pagi di RHB Center kat Jln Tun Razak. Aku hantar email kat awak, tapi email tu bounce balik. Dalam tu ader borang yang awak kene isi dan dokumen yg awak kene sediakan.
Aku: Lorh, yeke? Cmne leh bounce? Xpe2, try hantar lagi skali. Klau xleh gak try kat email yahoo saya.
En. Ahmad: Ok, aku try hantar lagi sekali.
Aku: Thanks, En. Ahmad sbb bagi info.
tut..tut..tut..


Entry nie aku just nk bgtau kat korg sume yang aku ader interview esok. So, korg doa2 kan la kejayaan dalam kerjaya aku ek.