Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak + one great news..

Salam Ramadhan..

Rasanya belum terlambat KayZ nak ucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi singgah di sini. Harap rakan-rakan semua dapat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini dengan penuh kesabaran dan mendapat keberkatan Illahi.

Dan sempena bulan yang penuh keberkatan ini, KayZ nak umumkan satu berita gembira. Insya-Allah pertengahan bulan 9 nie, KayZ akan melangsungkan perkahwinan dengan satu-satunya cinta hati KayZ.

Alhamdulillah, segala kesabaran dan penantian selama ini akhirnya berbaloi. Segala resah dan gelisah sebelum ini terubat jua.

KayZ mohon kepada semua rakan-rakan supaya dapat mendoakan kebahagiaan KayZ dan pasangan sehingga akhir hayat.

Insya-Allah, KayZ akan update cerita dan berita menarik yang berlaku.

Sehingga bertemu lagi..
Wassalam..

Friday, August 12, 2011

Kembali ke pangkal blog..

Adoi..
Last post kata nak comeback, tapi kene hold atas masalah-masalah yang merumitkan kehidupan. Dah setahun sehari blog nie tak berusik pun. Hingga terlupa kewujudan blog nie. Dah tahun 2011, tapi heading masih lagi 2010. Nak lagi ke tak blog nie haa??Klau taknak, tutup jek blog nie..

Haishh... takpe lah..

Atas dasar masih sayangkan lagi blog nie, K-Z akan mengekalkannya dan akan melakukan beberapa renovation layout dan konsep (*mungkin) serta update content dari semasa ke semasa. Tapi buat masa nie, K-Z hanya boleh update content jer la sebab online terminal terhad dan ketiadaan gadget. huhu..

K-Z tengah nk usahakan untuk mendapatkan Acer ICONIA untuk dijadikan online terminal tetap. Maybe next post mungkin dari ICONIA kot.. hehe.. Harap-harap berjaya lah yer..

FYI, lokasi K-Z kini berada di Mersing sejak April yang lalu. Dah dapat kerja kat sini. So, kenalah menyesuaikan diri. Tapi tak jadi masalah pun dan Alhamdulillah K-Z masih lg di bumi Mersing.
(Geng2 di & dari Mersing, roger2 la K-Z...)

Akhir kata, K-Z nak ucapkan Salam Ramadhan buat semua.

Salam..
Adios..

Wednesday, August 11, 2010

Comeback: Sempena bulan yang mulia..

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Sebelum K-Z memulakan bicara, suka sekali K-Z ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi makna dalam kehidupan semua.

Pertama-tama sekali K-Z ingin memaklumkan pada semua, post ini merupakan post 'comeback' K-Z dalam dunia penulisan maya ini. Sangat lama K-Z tak mencoretkan apa-apa kan. Kalaulah blog nie digambarkan seperti rumah, mestinya dah banyak semak lalang, sawang lelabah serta habuk debu. Agak berbulan juga K-Z meninggalkan ruang maya ini kan. Hurmm..

So dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, K-Z melakukan 'comeback' pada blog KayZ's World ini. Harap-harapnya keadaan kali ini tidak akan seperti keadaan-keadaan sebelumnya yang telah berlaku 'suatu ketika dahulu'. Hehe..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak Yang Mulia Ini

Salam.

Sunday, April 11, 2010

Lunascape6 Browser



Lunascape6:ORION nie merupakan browser yang mempunyai ciri-ciri yang unik. Ia menggabungkan ketiga-tiga rendering engine yang terdapat pada Internet Explorer (Trident), Mozilla Firefox (Gecko) dan Safari/Google Chrome (WebKit). Secara kesimpulannya Lunascape6:ORION ialah gabungan 3 browser dalam 1 (3 in 1).

Tak perlu lagi korg nak tukar browser bila dapat notification macam nie "This webpage is not supported by your browser".

Kalau korg berminat, boleh download kat URL nie: Klik Sini

Friday, April 2, 2010

Sebulan sudah berlalu..


Tarikh hari ini, 2 April 2010. Genap sebulan K-Z bersama anggota Sukarela Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau singkatannya Sukarelawan JPAM atau nama glamournya RESCUE 999. Dulu dikenali sebagai JPA3. Pengalaman yang K-Z dapat sangat berharga.

Walaupun tugas-tugas yang dilakukan kadang-kadang agak remeh seperti menyelamatkan kucing, tapi kepuasan sebagai salah seorang anggota penyelamat amat manis. Contoh terbaru, kes malam tadi. Kami dapat panggilan untuk menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap pada saluran air hujan di sebuah rumah di Taman PUJ, Puncak Jalil. Kes berjaya diselesaikan dan kucing yang terperangkap berjaya dikeluarkan.Tu baru selamatkan kucing.

Tugas-tugas seorang anggota penyelamat RESCUE 999 bukan tu jer. Menyelamatkan mangsa kemalangan (MVA) , tangkap ular, musnah sarang lebah & tebuan, mencari dan menyelamat (SAR), dan lain-lain. Secara keseluruhannya, tugas RESCUE 999 merangkumi keselamatan orang awam sebelum, ketika, dan selepas sesuatu bencana.

Asalnya, dah lama K-Z nak jadi anggota Sukarelawan JPAM. Sejak dapat pendedahan di PLKN pada tahun 2004. Tapi tak tahu macam mana. Kini K-Z dah capai 1 target dalam hidup K-Z. K-Z dah pun menjadi seorang anggota Sukarelawan JPAM. Sekarang ni tengah tunggu untuk dapat uniform JPAM.

Bila la boleh pakai yer...??

Friday, March 5, 2010

Setelah sekiian lama..

Salam kepada para reader yang sudi melawat blog K-Z yang tak seberapa ini.

Kali terakhir K-Z menaip adalah pada 29 Januari 2010. K-Z membebel berkaitan kisah hati yang tak kesampaian, tersekat ditengah jalan. Dah2, lupakan semua karutan itu. Agak lama juga K-Z mendiamkan diri kan. Tak ada apa-apa yang nak K-Z ceritakan sepanjang tempoh itu.

Tapi kini K-Z dah kembali menaip dalam blog KayZ's World ini. Untuk ingatan para readers, blog KayZ's World ini merupakan lakaran peribadi yang mencorakkan kehidupan K-Z. Apa sahaja peristiwa menarik yang berlaku dalam kehidupan K-Z akan dimuatkan dalam blog ini.

Pertama-tamanya sebagai permulaan. K-Z ada membuka satu kedai maya yang menjual buku-buku ilmiah keagamaan dan motivasi. Buku-buku yang terdapat dalam kedai maya tersebut adalah terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Kalau para readers berminat untuk mendapatkan buku-buku seperti Indahnya Hidup Bersyariat karya Dato' Hj Ismail Kamus, Formula Solat Sempurna karya Ust Zaharuddin, 101 Petua Murah Rezeki dan Jauhi Hutang karya Dato' Ustzh Siti Nor Bahyah dan banyak lagi, anda boleh berkunjung ke kedai maya K-Z di alamat berikut:

 

Keduanya, sekarang ini K-Z sedang menjalani attachment selama 60 jam di bilik gerakan Pertahanan Awam Daerah Putrajaya sebagai anggota Pertahanan Awam bermula pada hari Rabu bersamaan 3 Mac 2010. So, All The Best for me.

Itu saja buat masa ini.
Jumpa lagi di post yang berikutnya.

Salam blogging,
K-Z

Thursday, January 7, 2010

712th unique visitor & Astro B.yond Blogger Night

Salam reader..

Hari nie blog KayZ's World telah mencapai satu target dimana unique visitor kat blog nie telah mencapai 712. Thanks to all blogger n visitor yang sudi melawat blog K-Z nie. So right now I am waiting for one email from the lucky 712th unique visitor to claim the gift. Up until now, still no email received. Mungkin esok K-Z akan dapat tahu siapakah gerangan unique visitor yang bertuah itu.

Nak tau apa gift yang K-Z sediakan untuk 712th unique visitor?
>Custom Edition DVD<

***

Next news..

K-Z dapat satu berita yang best dari Nuffnang.


(image from nuffnang)


I have received an invitation to the Astro B.yond Blogger Night that will be held on 13 January 2010 at Modesto's Desa Sri Hartamas. And one of the attendees will walk home with a 32" LG HDTV along with 1 year subscription of Astro B.yond. Yahuu..


(image from nuffnang)


Harap-haraplah K-Z dapat bawak balik 32" LG HDTV tuh.
Ehem2.. Hehe..

FYI, event nie merupakan event pertama yg K-Z akan attend as a blogger.
So, to all reader blog KayZ's World, sape2 yang dapat invitation dan akan menghadiri event tersebut, sila-sila la bgtau. Nak jugak jumpe rakan2 blogger in-person.

Looking forward to see you all there.

Monday, January 4, 2010

First entry in the year of 2010..

Salam to all blogger..

First of all, K-Z nak berterima kasih kepada semua blogger yang telah mengikuti segala perkembangan KayZ's World dari awal pembabitan K-Z dalam dunia blogging sehingga sekarang sama ada reader secara aktif ataupun pasif. Terima kasih semua.

Tak lupa jugak thanks buat ekin lurve sbb bagi nick K-Z dalam Cbox. I like it. Its simple and easy to be recognized.

Hehe, rasa macam terima award lak ucapan K-Z tuh. Nevermind. Sekali-sekala rasa teruja..

Untuk 1st entry dalam tahun 2010 nie, sukacitanya K-Z nak maklumkan, blog KayZ's World akan bagi award kepada unique visitor yang ke-712. Kenapa nombor 712? Sebab tu merupakan tarikh keramat untuk K-Z pada tiap-tiap tahun.





So, kepada visitor yang ke-712, apa yang perlu anda lakukan?

1. Check pada ruangan Penjejak Automatik > Histats Counter.
2. Tunggu sehingga counter menunjukkan data Visits 712
3. Capture @ print-screen Histats Counter tersebut.
4. Post entry bertajuk "Aku dapat award Unique Visitor yang ke-712"
5. Send e-mail kepada mkhafifz@gmail.com

Dalam e-mail tersebut mestilah mengandungi:
1. Nama penuh anda
2. URL entry anda
3. Alamat untuk K-Z send hadiah
4. 2 attachments:-
a. Picture Histats Counter sebagai bukti anda adalah unique visitor yang ke-712
b. Picture anda yang paling menarik.

*****

Salam hormat dari K-Z,
Muhammad Khafif bin Zainudin

Friday, January 1, 2010

Happy New Year

Kini kita telah memasuki dekad yang ke-2 dalam abad ini.

Selamat tinggal 2009..
Selamat tinggal kenangan. Semoga apa yang telah berlaku dapat menjadi pedoman dan panduan untukku menempuhi cabaran dan rintangan dalam hidupku yang mendatang.



Selamat datang 2010..
Harapanku, tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Aku akan berusaha dengan lebih gigih dalam mengejar dan mencapai matlamatku.

Thursday, December 31, 2009

Sambutan Birthday Express untuk Nad...


Birthday Gurl..


Birthday cake..


The friends, Flower Rangers..

Licin dalam masa 15 minit..
1 large pizza, 1 regular pizza, 1 birthday cake, 6pcs breadstix, (eskrem dgn wafer n ader ceri kat tengah tu pe ntah nama dy), & mushroom soup for each of us.


Hanya nie jer yang tinggal dari kek kat atas meja tuh..

Sunday, December 27, 2009

Baru balik dari Bumi Kenyalang...

Salam hormat kepada reader sekalian.

Seminggu lebih aku mendiamkan diri tanpa sebarang entry terbaru. Terasa sepi jer blog aku nih. Pada mulanya sengaja aku nak biarkan entry AVATAR tu dok lama kat frontpage blog, saja nak promote movie yang best kat kengkawan blogger. Tapi makin hari, aku ketandusan idea akibat kebosanan yang melanda. Tajuk dah ada, tapi bila dok depan laptop, blank.

Summary perjalanan hidupku setakat hari nie:

Ada 2 entry yang 'pending'. Dua majlis kenduri kahwin...

1. Majlis kenduri kahwin dua lecturer kesayangan iaitu Cik Qama dan Cik Norahani yang telah menukarkan title dyorg kepada Puan Qama dan Puan Norahani pada 20 Disember arituh. Banyak pengalaman dan cabaran ditempuhi untuk ke majlis dyorg.

2. Sambutan Hari Lahir secara ekspress untuk Nad. Siapa Nad dan apa yang ekspress tuh?

Untuk 2 entry yang 'pending' nie, aku nak post gambar jer lah & elaborate sikit2. Tapi tunggu esok.

Buat hari nie, entry aku cuma nak bagitau yang aku sampai LCCT dari Bumi Kenyalang pada jam 7 malam tadi. Aku akan postkan log perjalanan aku untuk topik nie. Yang nie pun tunggu esok jugak lah.

Now it's rehat time!!! Sangat penat berjalan di Bumi Kenyalang..

Adios & Salam..

Thursday, December 17, 2009

Huh... Interview??

Salam reader...

Hampir seminggu aku duduk di rumah tanpa berbuat apa2 selain mangadap laptop dan melayari internet. Sungguh bosan aku terasa. Nak keluar xde planning ke mane. Nak bergaduh dgn Kitty, dah slalu sangat. Tak tau apa nak buat untuk hilangkan rasa bosan dihati.

Petang tadi, aku dapat satu panggilan dari En. Ahmad, pegawai yang in-charge kursus aku tempoh hari. Perbualan kami seperti begini (lebih kurang la):

Aku: Hello, salam.
En Ahmad: Salam Khafif. Ahmad nie. Awak tau tak interview awak esok?
Aku: Hah, esok? Tak tau pun.
En. Ahmad: Ye, esok jam 9 pagi di RHB Center kat Jln Tun Razak. Aku hantar email kat awak, tapi email tu bounce balik. Dalam tu ader borang yang awak kene isi dan dokumen yg awak kene sediakan.
Aku: Lorh, yeke? Cmne leh bounce? Xpe2, try hantar lagi skali. Klau xleh gak try kat email yahoo saya.
En. Ahmad: Ok, aku try hantar lagi sekali.
Aku: Thanks, En. Ahmad sbb bagi info.
tut..tut..tut..


Entry nie aku just nk bgtau kat korg sume yang aku ader interview esok. So, korg doa2 kan la kejayaan dalam kerjaya aku ek.

Tuesday, December 15, 2009

Memperkenalkan...

Salam all.. Harap semuanya sihat2 hendaknya.

Entry kali nie bertujuan untuk memperkenalkan blog aku yang ke-2 iaitu Gelak dan Ketawa (G&K). Actually G&K dah lama beroperasi tapi belum mendapat pendedahan yang cukup. So kali nie aku nak mendedahkan blog G&K la.




Melihat pada namanya, pasti semua sedia maklum kandungan yang terdapat dalam blog G&K nie kan. Blog G&K nie, aku nak jadikan sebagai arkib untuk bahan-bahan berunsur lucu seperti cerita jenaka, gambar atau apa saja artikel yang mempunyai tahap kelucuan yang boleh buat reader tergelak.

So dengan pendedahan G&K nie, aku harap korg singgah2 la kat G&K nie. Klau korg ader bahan-bahan utk dicontributekan, korg boleh forwardkan pada email aku >>disini<<.

And lastly, aku akan membuat beberapa pembaharuan kecil pada KayZ's World. So check it out later.

Sunday, November 29, 2009

Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan 2010

Julung-julung kali diadakan di Malaysia



6 jutawan, 600 peserta
Membongkar rahsia JUTAWAN

Tarikh: 17 Januari 2010
Tempat: Berjaya Hotel, KL
Masa: 9 am - 9 pm

Panel Jutawan:
1. Irfan Khairi (IK)
2. Dr. Azman Ching
3. Abang Abu
4. Chef Li
5. Billi Lim
6. Jutawan Misteri

Apakah rahsia-rahsia yang bakal TERBONGKAR?
$ Menghasilkan jutaan ringgit daripada jutaan idea perniagaan anda
$ Teknik menghapuskan persepsi negatif dan penghalang kepada kejayaan anda
$ Menunjukkan cara wang bekerja untuk anda dan bukan anda bekerja untuk wang
$ Rahsia cara untuk membangunkan perniagaan yang bersesuaian dan khusus untuk diri anda
$ Belajar cara mendapatkan pulangan berganda daripada pelaburan yang dilakukan
$ Teknik pengurusan kewangan yang bijak dan senang diamalkan

Yuran Penyertaan
RM 899
seorang

Promosi pendaftaran awal
Sebelum 15 Disember 2009
RM 399
seorang

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
KayZ (psycho_oracle@yahoo.com)

Wednesday, November 25, 2009

Ape da...

Aku kembali lagi setelah beberapa hari blog aku bercuti. Bertungkus-lumus aku menyiapkan kerja aku supaya cepat2 aku boleh update blog aku. Tapi bila aku online hari nie, aku rasa terkejut. Kenapa? My tracking box is blank... WHAT HAPPEN?

Untuk mengetahui punca masalah tersebut, aku klik la kat linkbox tu. Rupa2 nyer website provider linkbox tu dh mencapai bandwidth limit. Maybe dh ramai yang gune linkbox nie smpi server dh xleh tampung. Pulak dh... Ayoyo, amacam nie? Nk masuk website pun xleh...

Tapi xpe la, aku nyer tracking below 10 blog. Cuba la bayangkan klau dh ader berpuluh-puluh blog tracking, tak ke haru. So, anyone got any idea how to solve the problem?

p.s. Nasib bek la cbox xkene camtu. Pernah ke?

Thursday, November 12, 2009

Pengumuman: Jejak blog anda...

Salam reader.

Diharapkan kepada reader2 sekalian supaya tinggalkan link blog anda di ruangan Jejak Blog untuk kemudahan aku menjejaki anda semula di kemudian hari.

Kerjasama anda semua amatlah diharapkan...