Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik
Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

Journey Log >> Bumi Kenyalang

Seperti yang aku maklumkan 27 Disember lalu, aku akan post entry Log Perjalanan ke Sarawak. Sepatutnya aku post pada 28 Disember lalu, tetapi atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat berbuat demikian. Aku mohon maaf.

Journey Log >> Bumi Kenyalang
Part 1: 24 Disember 2009
Part 2: 25 Disember 2009
Part 3: 26 Disember 2009
Part 4: 27 Disember 2009

Journey Log: 27 Disember 2009 >>

Hari nie hari terakhir aku kat Sarawak. Sayu terasa nak tinggalkan Bumi Kenyalang. Sayu sebab banyak tempat-tempat yang menarik yang tak dapat aku lawat. Huhu.

Pagi nie kami pusing-pusing di Bintulu saja. Shopping lagi, mencari cenderamata dan kek lapis Sarawak. Banyak jugak la kami borong kek lapis.

***

Sekarang nie aku kat airport Bintulu. Sepanjang perjalanan nie, dari pagi hingga ke sini aku kira ada 22 biji Myvi putih yang aku temui. Jam sekarang pukul 2.10 petang. Kami belum boleh lagi check-in buat masa nie. Hujan pun dah berenti. Harap-harap lah tak hujan lagi lepas nie. Kalau hujan lebat nanti, maknanya flight kami dalam jam 4 petang akan delay.

Kami nak makan, isi perut buat bekalan perjalanan kami di udara. Nak beli makanan kat dalam flight Air Asia, mahal pulak. So, isi kat darat lah sebelum terbang.

***

Seperti yang dijangkakan, flight kami delayed kerana keadaan hujan yang sangat lebat. Dijangkakan berlepas jam 4 petang, tetapi ditangguhkan selama sejam.

***

Aku berada dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Flight ku mendarat tadi pada jam 7 malam. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Semenanjung.

Flight kami berlepas pada jam 5 petang. Dalam flight tadi kami mengalami beberapa gegaran tapi tak la kritikal. 2 gegaran berlaku beberapa minit selepas flight berlepas. Mungkin oleh kerana turbulence ringan yang berlaku di ruang udara Bintulu. Terasa agak cemas pada masa tu.

Perjalananku ke Bumi Kenyalang sangat best dan tak dapat dilupakan. Aku harap aku dapat menjejakkan kaki aku ke Bumi Kenyalang lagi.

Journey Log: 26 Disember 2009 >>

Kurang dari seminggu lagi tahun 2009 melabuhkan tirainya. Pada waktu sebegini ramai orang sedang bergembira, meluangkan masa bersama ahli keluarga. Tak kurang juga dengan kenduri kahwin yang banyak dilangsungkan pada penghujung tahun.

Pada hari ini, kita dikejutkan dengan peristiwa kemalangan melibatkan bas ekspres milik Syarikat Bas Sani Ekspres. Kemalangan berlaku pada jam 1 pagi di lebuhraya PLUS Ipoh menghala ke utara. 10 penumpang terkorban. Punca kemalangan, pemandu terlelap. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa terkorban.

Berita ini aku dapat tau kat Buletin Utama, TV3. Masa tu aku baru sampai kat rumah dari Miri. Kami semua terkedu mendengar berita yang mengejutkan itu.

Oklah. Lupakan seketika berita tu.

Hari ini aku ke Miri untuk berjalan-jalan disana. Kami keluar jam 9 pagi dari Bintulu. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Miri, kami mencari kedai makan. Masing-masing dah lapar dek kerana masa perjalanan yang lama. Lepas makan, kami memulakan misi utama iaitu shopping. Kain batik Sarawak dan cenderamata menjadi target. Agak lama la kami kat tempat shopping (sori, nama tempat xingat la).

Lebih kurang jam 3 petang kami bergerak pulang. Sebelum pulang kami ke kedai makan untuk makan lagi sekali. Hehe, makan jer. Yela, perjalanan selama 2 jam tuh. Dalam jam 5.30 petang kami sambung perjalanan untuk pulang. Kami sampai ke rumah tempat kami menumpang pada jam 7.30 malam.

Dalam perjalanan pulang, kami melalui simpang ke Taman Negara Niah. Walaupun tak dapat bergambar di Gua Niah, bergambar dgn signboard pun jadilah... haha

Esok aku akan pulang ke Semenanjung. Flight lebih kurang jam 4 petang.

Untuk membengongkan diri aku kat sini, aku akan kira bilangan kereta Myvi putih yang aku jumpa esok sepanjang perjalanan aku di sini sehingga aku naik flight. Haha...

Kenapa Myvi putih?

Kerana aku kini mengalami penyakit yang sangat kritikal yang dinamakan Penyakit Kenangan Myvi Putih.

    "Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus
    Duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia..."



 

 

Journey Log: 25 Disember 2009 >>

Kedatangan aku ke Sarawak nie adalah kerana menghadiri majlis kahwin sepupu aku di Bintulu pada hari ini. Kami merupakan wakil2 keluarga pengantin perempuan yang menghadiri majlis perkahwinan.

Pada kebiasaannya, tentatif majlis kenduri kahwin di Semenanjung Malaysia bermula pada tengahari. Pengantin bersanding selepas Zohor dan majlis akan berakhir pada jam 4 petang. Tapi berlainan di sini.

Majlis kenduri di sini bermula pada awal pagi, lebih kurang jam 8.30 pagi, dengan menu makanan berat. Majlis berakhir sebelum jam 12 tengahari kerana solat Jumaat akan berlangsung jam 12.30. Huhu, terasa pelik aku kat sini. Tapi takpe, bukan kat semua tempat sama caranya. Di sini caranya begini.

Lagi satu kelainan majlis kahwin di sini ialah susun atur tempat jamuan para tetamu. Tak tau la ia disengajakan ataupun sebaliknya, tapi di sini tempat jamuan tetamu tidak disediakan meja makan. Hanya kerusi sahaja disediakan. Walaupun begitu, para tetamu yang hadir sangat sporting kerana walaupun begitu, mereka tidak merungut. Tempat duduk dah penuh, mereka sanggup tunggu sehingga tetamu yang duduk selesai makan dan beredar, barulah mereka duduk dan menjamu selera.

Tapi bagus jugak dyorg buat camtu, sbb nanti xde la tetamu yang akan dok melepak smpi kenduri abes. Ehehe...

Cuba bayangkan, kalau berlaku di Semenanjung, apa yang akan berlaku agaknya ya?

Buat sementara waktu aku di sini, aku mengalami sedikit kekeliruan. Langit cerah sangat awal, dan gelap sangat awal. Haha, terasa pelik sedikit pada awalnya. Tapi memang aku sedia maklum, yang peredaran waktu di sini lebih awal dari Semenanjung.


Majlis Kenduri di rumah pengantin lelaki..



Akak aku dgn anaknya..
 

Ruang jamuan..


Team berzanji & kompang..


Team khatam Al-Quran..


Bacaan doa..


Juadah kenduri.. Pagi2 dh makan cmni..


Pengantin dah sampai..


Berarak menaiki kereta..


Pasangan pengantin bersama pengapitnya..

 
Pasangan raja sehari yang dirai..



Journey Log: 24 Disember 2009 >>

Lokasi: Home, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor

Huhu, aku sangat gembira hari ini. Aku akan ke Sarawak. 1st time tuh aku naik kapal terbang. Haha, 1st time... Korang percaya tak, selama 23 tahun hidup aku tak pernah naik kapal terbang?

Haha, jangan percaya. Fakta tuh tak betul. Actually, nie kali ke-3 aku naik kapal terbang.

Kenapa aku mengeluarkan kenyataan yang nie kali pertama aku naik kapal terbang? Sebenarnya, kali pertama dan ke-2 aku naik kapal terbang ialah pada umur aku 2 tahun setengah. Musim haji, aku ikut ibu & abah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Rukun Islam ke-5. Tapi aku tak ingat apa yang berlaku pada masa tuh.

So, korg dah tau kan kenapa kenyataan aku mcm tuh. Aku anggap yang kali nie merupakan kali pertama aku naik kapal terbang, dan kali pertama aku keluar dari Semenanjung Malaysia.

Oh, aku sangat gembira. Tapi kegembiraan aku tak lama. Kenangan lama sering bermain di mindaku. Mana-mana jer aku pergi, kenangan tuh masih ada. Aku masih teringat padanya. Macam mana nak buat hah?

Tapi memang sangat best aku naik kapal terbang. Ahaha, excited giler. Bengong sekejap...


 Aku..

 
View dari tingkap..

 
Kapal terbang sedang berlepas..

 
Sudah melepasi awan..

 
Dah sampai di Airport Bintulu..