Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik

Saturday, December 12, 2009

Doa ku... Khas buat mu...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi, Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku,
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah,
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan
Adalah yang terbaik buat diriku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Monday, December 7, 2009

Hari AKU 7 Disember and Entry Pangkor.

Salam to all my readers, clickers, and blogwalkers yang menerjah blog aku nie.

First of all, aku nk bgtau yang hari nie adalah hari dimana umurku semakin bertambah. 7 Disember merupakan tarikh keramat bagiku. Walaupun tiada sambutan, tapi aku dah biasa begini. Whatever pun, it's not the end of the world.

Tapi, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada rakan2 yang telah bersama menjayakan Cuti-cuti Malaysia - Pulau Pangkor pada 5-6 Disember; Najib, Mario, Paul, Azie, Nad, Ummu, Mala, dan Noya. Event nie aku anggap sebagai event birthday aku yang paling best.


Kat Jeti Lumut
(Mala, Azie, Ummu, Nad)


Aku



Dalam Feri
(Mario, Najib, Aku, Mala, Nad, Ummu)


Aktiviti yang kami buat kat sana ialah BBQ, Snorkeling, boat trip. Tak banyak aktiviti memandangkan kami  hanya pergi 2 hari 1 malam jer. Lagipun kami check-in dah petang.

Lps check-in, kami ke pantai utk makan (sbb perut pun dah lapar) dan survey aktiviti2 yang disediakan kat sana. Dah puas round2 pantai, kami balik ke bilik utk siapkan barang2 nk BBQ malam nt.


BBQ Time

BBQ Time

BBQ Time

Pagi esoknya, dalam kul 7 lebih kami turun ke pantai utk aktiviti snorkeling. Kat sana kami dpt tengok ikan2 terumbu makan di tapak tangan kami. Gambar xdapat aku snap sbb camera aku bkn jenis waterproof.


Port snorkeling

Walaupun masa yg singkat utk kitorg bercuti, tapi mmg best. Dapat bercuti ke Pulau Pangkor dgn mmbr2 buat fikiran aku tenang tak memikirkan masalah yg aku hadapi. Aku lega kerana di Pulau Pangkor, aku dapat membuat satu keputusan yang sebelum nie tak boleh aku buat.

So that's all for now. Salam.

Friday, December 4, 2009

Just before holiday... Jom cuti2 Malaysia...

Esok aku akan bercuti2 Malaysia di Pulau Pangkor. Sungguh excited. Aku akan kembali ke sana. Last time aku ke sana, maybe masa aku sekolah rendah. Tu pun akak aku yg bawak bercuti. Kali nie aku kembali untuk sekali lagi menikmati keindahan alam yang terdapat di Pulau Pangkor. Owh Pangkor, HERE I COME!!!

Tak sabar rasanya untuk menunggu hari esok.

Thursday, December 3, 2009

Hari yang sakit

Seperti kebiasaan, bila keadaan cuaca sedang berubah, ramailah yang menghidapi penyakit. Aku pun tak terkecuali. Hari ni aku ke klinik utk wat medical check-up. Dah 3 hari aku mengalami batuk2, selsema, dan sakit tekak. Even nk telan makanan pun terasa sakit tekak.



(picture: GOOGLE)

Semalam aku terasa mcm nk demam. Badan aku terasa panas. Masa check-up td, risau gak klau2 doc kata aku ader H1N1. Yela, aku kan ader batuk, selsema & hampir demam. Tu kan simptom2 H1N1.Then dy tny nk MC or tak. Dy xgtau lak pe penyakit aku. Maybe bukan H1N1 la tu. Tak pe la.


So, dpt la aku 4 jenis ubat: Ubat batuk, Antibiotik, Panadol, Selsema/Gatal2; dan MC 1 hari sbb aku xpegi kelas.


Nasihat aku:
Jagalah kesihatan anda sepanjang masa.

Lusa, bersamaan hari Sabtu, aku akan bercuti2 Malaysia. Mahu lari dari kesibukan kota dan rehat dari segala masalah. Destinasi yang akan aku tuju ialah Pulau Pangkor. Aku harap aku akan dapat menikmati segala keindahan yg terdapat di Pulau Pangkor. Harap2 sakit aku akan baik sebelum hati Sabtu ni.

p/s: Bila aku on the road, klau nampak MYVI putih, mesti aku nk tengok no plet keta tu. Maybe the memories still remains. It still hurts... hurmm.