Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik

Thursday, December 31, 2009

Sambutan Birthday Express untuk Nad...


Birthday Gurl..


Birthday cake..


The friends, Flower Rangers..

Licin dalam masa 15 minit..
1 large pizza, 1 regular pizza, 1 birthday cake, 6pcs breadstix, (eskrem dgn wafer n ader ceri kat tengah tu pe ntah nama dy), & mushroom soup for each of us.


Hanya nie jer yang tinggal dari kek kat atas meja tuh..

Wedding Miss Honey

Lokasi: Taman Agroteknologi, Kg. Ulu Chucoh, Sg. Pelek, Selangor




Wedding Miss Qama

Lokasi: Taman Tasik Tambahan, Ampang.


Wednesday, December 30, 2009

Journey Log >> Bumi Kenyalang

Seperti yang aku maklumkan 27 Disember lalu, aku akan post entry Log Perjalanan ke Sarawak. Sepatutnya aku post pada 28 Disember lalu, tetapi atas sebab-sebab tertentu aku tak dapat berbuat demikian. Aku mohon maaf.

Journey Log >> Bumi Kenyalang
Part 1: 24 Disember 2009
Part 2: 25 Disember 2009
Part 3: 26 Disember 2009
Part 4: 27 Disember 2009

Journey Log: 27 Disember 2009 >>

Hari nie hari terakhir aku kat Sarawak. Sayu terasa nak tinggalkan Bumi Kenyalang. Sayu sebab banyak tempat-tempat yang menarik yang tak dapat aku lawat. Huhu.

Pagi nie kami pusing-pusing di Bintulu saja. Shopping lagi, mencari cenderamata dan kek lapis Sarawak. Banyak jugak la kami borong kek lapis.

***

Sekarang nie aku kat airport Bintulu. Sepanjang perjalanan nie, dari pagi hingga ke sini aku kira ada 22 biji Myvi putih yang aku temui. Jam sekarang pukul 2.10 petang. Kami belum boleh lagi check-in buat masa nie. Hujan pun dah berenti. Harap-harap lah tak hujan lagi lepas nie. Kalau hujan lebat nanti, maknanya flight kami dalam jam 4 petang akan delay.

Kami nak makan, isi perut buat bekalan perjalanan kami di udara. Nak beli makanan kat dalam flight Air Asia, mahal pulak. So, isi kat darat lah sebelum terbang.

***

Seperti yang dijangkakan, flight kami delayed kerana keadaan hujan yang sangat lebat. Dijangkakan berlepas jam 4 petang, tetapi ditangguhkan selama sejam.

***

Aku berada dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Flight ku mendarat tadi pada jam 7 malam. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Semenanjung.

Flight kami berlepas pada jam 5 petang. Dalam flight tadi kami mengalami beberapa gegaran tapi tak la kritikal. 2 gegaran berlaku beberapa minit selepas flight berlepas. Mungkin oleh kerana turbulence ringan yang berlaku di ruang udara Bintulu. Terasa agak cemas pada masa tu.

Perjalananku ke Bumi Kenyalang sangat best dan tak dapat dilupakan. Aku harap aku dapat menjejakkan kaki aku ke Bumi Kenyalang lagi.

Journey Log: 26 Disember 2009 >>

Kurang dari seminggu lagi tahun 2009 melabuhkan tirainya. Pada waktu sebegini ramai orang sedang bergembira, meluangkan masa bersama ahli keluarga. Tak kurang juga dengan kenduri kahwin yang banyak dilangsungkan pada penghujung tahun.

Pada hari ini, kita dikejutkan dengan peristiwa kemalangan melibatkan bas ekspres milik Syarikat Bas Sani Ekspres. Kemalangan berlaku pada jam 1 pagi di lebuhraya PLUS Ipoh menghala ke utara. 10 penumpang terkorban. Punca kemalangan, pemandu terlelap. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa terkorban.

Berita ini aku dapat tau kat Buletin Utama, TV3. Masa tu aku baru sampai kat rumah dari Miri. Kami semua terkedu mendengar berita yang mengejutkan itu.

Oklah. Lupakan seketika berita tu.

Hari ini aku ke Miri untuk berjalan-jalan disana. Kami keluar jam 9 pagi dari Bintulu. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Miri, kami mencari kedai makan. Masing-masing dah lapar dek kerana masa perjalanan yang lama. Lepas makan, kami memulakan misi utama iaitu shopping. Kain batik Sarawak dan cenderamata menjadi target. Agak lama la kami kat tempat shopping (sori, nama tempat xingat la).

Lebih kurang jam 3 petang kami bergerak pulang. Sebelum pulang kami ke kedai makan untuk makan lagi sekali. Hehe, makan jer. Yela, perjalanan selama 2 jam tuh. Dalam jam 5.30 petang kami sambung perjalanan untuk pulang. Kami sampai ke rumah tempat kami menumpang pada jam 7.30 malam.

Dalam perjalanan pulang, kami melalui simpang ke Taman Negara Niah. Walaupun tak dapat bergambar di Gua Niah, bergambar dgn signboard pun jadilah... haha

Esok aku akan pulang ke Semenanjung. Flight lebih kurang jam 4 petang.

Untuk membengongkan diri aku kat sini, aku akan kira bilangan kereta Myvi putih yang aku jumpa esok sepanjang perjalanan aku di sini sehingga aku naik flight. Haha...

Kenapa Myvi putih?

Kerana aku kini mengalami penyakit yang sangat kritikal yang dinamakan Penyakit Kenangan Myvi Putih.

    "Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus
    Duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia..."



 

 

Journey Log: 25 Disember 2009 >>

Kedatangan aku ke Sarawak nie adalah kerana menghadiri majlis kahwin sepupu aku di Bintulu pada hari ini. Kami merupakan wakil2 keluarga pengantin perempuan yang menghadiri majlis perkahwinan.

Pada kebiasaannya, tentatif majlis kenduri kahwin di Semenanjung Malaysia bermula pada tengahari. Pengantin bersanding selepas Zohor dan majlis akan berakhir pada jam 4 petang. Tapi berlainan di sini.

Majlis kenduri di sini bermula pada awal pagi, lebih kurang jam 8.30 pagi, dengan menu makanan berat. Majlis berakhir sebelum jam 12 tengahari kerana solat Jumaat akan berlangsung jam 12.30. Huhu, terasa pelik aku kat sini. Tapi takpe, bukan kat semua tempat sama caranya. Di sini caranya begini.

Lagi satu kelainan majlis kahwin di sini ialah susun atur tempat jamuan para tetamu. Tak tau la ia disengajakan ataupun sebaliknya, tapi di sini tempat jamuan tetamu tidak disediakan meja makan. Hanya kerusi sahaja disediakan. Walaupun begitu, para tetamu yang hadir sangat sporting kerana walaupun begitu, mereka tidak merungut. Tempat duduk dah penuh, mereka sanggup tunggu sehingga tetamu yang duduk selesai makan dan beredar, barulah mereka duduk dan menjamu selera.

Tapi bagus jugak dyorg buat camtu, sbb nanti xde la tetamu yang akan dok melepak smpi kenduri abes. Ehehe...

Cuba bayangkan, kalau berlaku di Semenanjung, apa yang akan berlaku agaknya ya?

Buat sementara waktu aku di sini, aku mengalami sedikit kekeliruan. Langit cerah sangat awal, dan gelap sangat awal. Haha, terasa pelik sedikit pada awalnya. Tapi memang aku sedia maklum, yang peredaran waktu di sini lebih awal dari Semenanjung.


Majlis Kenduri di rumah pengantin lelaki..



Akak aku dgn anaknya..
 

Ruang jamuan..


Team berzanji & kompang..


Team khatam Al-Quran..


Bacaan doa..


Juadah kenduri.. Pagi2 dh makan cmni..


Pengantin dah sampai..


Berarak menaiki kereta..


Pasangan pengantin bersama pengapitnya..

 
Pasangan raja sehari yang dirai..



Journey Log: 24 Disember 2009 >>

Lokasi: Home, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor

Huhu, aku sangat gembira hari ini. Aku akan ke Sarawak. 1st time tuh aku naik kapal terbang. Haha, 1st time... Korang percaya tak, selama 23 tahun hidup aku tak pernah naik kapal terbang?

Haha, jangan percaya. Fakta tuh tak betul. Actually, nie kali ke-3 aku naik kapal terbang.

Kenapa aku mengeluarkan kenyataan yang nie kali pertama aku naik kapal terbang? Sebenarnya, kali pertama dan ke-2 aku naik kapal terbang ialah pada umur aku 2 tahun setengah. Musim haji, aku ikut ibu & abah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Rukun Islam ke-5. Tapi aku tak ingat apa yang berlaku pada masa tuh.

So, korg dah tau kan kenapa kenyataan aku mcm tuh. Aku anggap yang kali nie merupakan kali pertama aku naik kapal terbang, dan kali pertama aku keluar dari Semenanjung Malaysia.

Oh, aku sangat gembira. Tapi kegembiraan aku tak lama. Kenangan lama sering bermain di mindaku. Mana-mana jer aku pergi, kenangan tuh masih ada. Aku masih teringat padanya. Macam mana nak buat hah?

Tapi memang sangat best aku naik kapal terbang. Ahaha, excited giler. Bengong sekejap...


 Aku..

 
View dari tingkap..

 
Kapal terbang sedang berlepas..

 
Sudah melepasi awan..

 
Dah sampai di Airport Bintulu..

Sunday, December 27, 2009

Baru balik dari Bumi Kenyalang...

Salam hormat kepada reader sekalian.

Seminggu lebih aku mendiamkan diri tanpa sebarang entry terbaru. Terasa sepi jer blog aku nih. Pada mulanya sengaja aku nak biarkan entry AVATAR tu dok lama kat frontpage blog, saja nak promote movie yang best kat kengkawan blogger. Tapi makin hari, aku ketandusan idea akibat kebosanan yang melanda. Tajuk dah ada, tapi bila dok depan laptop, blank.

Summary perjalanan hidupku setakat hari nie:

Ada 2 entry yang 'pending'. Dua majlis kenduri kahwin...

1. Majlis kenduri kahwin dua lecturer kesayangan iaitu Cik Qama dan Cik Norahani yang telah menukarkan title dyorg kepada Puan Qama dan Puan Norahani pada 20 Disember arituh. Banyak pengalaman dan cabaran ditempuhi untuk ke majlis dyorg.

2. Sambutan Hari Lahir secara ekspress untuk Nad. Siapa Nad dan apa yang ekspress tuh?

Untuk 2 entry yang 'pending' nie, aku nak post gambar jer lah & elaborate sikit2. Tapi tunggu esok.

Buat hari nie, entry aku cuma nak bagitau yang aku sampai LCCT dari Bumi Kenyalang pada jam 7 malam tadi. Aku akan postkan log perjalanan aku untuk topik nie. Yang nie pun tunggu esok jugak lah.

Now it's rehat time!!! Sangat penat berjalan di Bumi Kenyalang..

Adios & Salam..

Friday, December 18, 2009

Review: AVATAR 2009

Hi readers. Hope korg sume sihat-sihat belaka..

Semalam aku nak buat review psl movie yang aku tengok kat pawagam, tapi aku terlalu mengantuk nak berfikir dan menaip. So hasilnya, entry semalam. Huhu...

Entry kali nie betul2 review psl movie AVATAR yang sedang ditayangkan bermula pada hari Khamis, 17 Disember 2009. Nie la kali pertama aku g tengok 1st day screening movie kat pawagam. Haha... Biasalah, memang ramai orang bila 1st day screening. Mula2 nya aku bajet mmg susah nak dapat tiket, tapi masa aku sampai kat GSC Mid Valley tu, aku nampak screening AVATAR utk jam 2.15ptg still hijau.
*Dah2 la intro tuh... Review, review...

Owh, ok... haha...


 
Movie AVATAR nie bertemakan kesan dari kerakusan manusia yang tamak dan mengejar kekayaan semata. Berlatarbelakangkan Planet Pandora yang jauh dari Bumi, AVATAR mengisahkan tentang pergolakan yang berlaku antara manusia dan penghuni planet Pandora, satu puak asli iaitu Na'vi. AVATAR membawa penonton menyusuri satu pengembaraan epik seorang wira di alam luar batasan imaginasi, dimana dia perlu menyelamatkan alam asing tersebut dari kerakusan manusia.

Penonton akan dibawa melihat sebuah dunia makhluk asing melalui kacamata Jake Sully, seorang anggota Marine yang cacat dan berkerusi roda. Jake ditugaskan semula di penempatan manusia di planet Pandora, dimana kerja mencarigali mineral yang menjadi kunci kepada penyelesaian krisis tenaga Bumi.

Oleh kerana atmosfera di Pandora beracun untuk manusia, mereka telah mencipta Program AVATAR.
"Avatar Program, in which human 'drivers' have their consciousness linked to an avatar, a remotely-controlled biological body that can survive in the lethal air. This avatars are genetically engineered hybrids of human DNA mixed with DNA from the natives of Pandora, the Na'vi" taken from www.avatarmovie.com

Menggunakan tubuh avatar, Jake kembali berjalan. Dia diberi misi menceroboh ke petempatan Na'vi puak Omaticaya yang menjadi penghalang tugas mencarigali dan mendapatkan kepercayaan dari mereka. Tetapi, setelah Jake bertemu Neytiri, perempuan Omaticaya Na'vi, semuanya telah berubah. Bersama puak Omaticaya, Jake mempelajari tentang cara hidup Na'vi melalui Neytiri.

Semakin lama, hubungan Jake dan Neytiri semakin mendalam. Dia semakin menghormati cara Na'vi, dan diterima menjadi Omaticaya Na'vi. Dan dia akan berhadapan dengan ujian terakhir, mengetuai Na'vi dalam peperangan epik yang akan menentukan nasib dunia Pandora.



Jake Sully

Jake's avatar

Neytiri




Secara keseluruhannya, movie nie mmg sangat best. CGI cantik. Suasana pengembaraan dan peperangan epik yang menarik. Aku syorkan korg sume tengok movie nie. Lagu latar mmg layan.

Sape2 yang dah tengok movie nie, apa pendapat korg? Agree with me or not?
Komen la...

Rating: 5/5

p/s: Masa aku tgk movie nie, kat sblh aku adelah seorang budak berbual dgn abg dy (aku agak la) dgn nada sedikit kecewa sbb dy ingat movie AVATAR nie citer pasal Avatar, The Last Airbender. Citer tu kuar tahun depan la adik ooi... kot la... yer ke?

Review... AVATAR 2009, 17 Disember 2009

Huh...

review...

wayang...

AVATAR...

ngantuk...

esok la review...

k lh...

bye...

-zzzzzzzz-

Thursday, December 17, 2009

Huh... Interview??

Salam reader...

Hampir seminggu aku duduk di rumah tanpa berbuat apa2 selain mangadap laptop dan melayari internet. Sungguh bosan aku terasa. Nak keluar xde planning ke mane. Nak bergaduh dgn Kitty, dah slalu sangat. Tak tau apa nak buat untuk hilangkan rasa bosan dihati.

Petang tadi, aku dapat satu panggilan dari En. Ahmad, pegawai yang in-charge kursus aku tempoh hari. Perbualan kami seperti begini (lebih kurang la):

Aku: Hello, salam.
En Ahmad: Salam Khafif. Ahmad nie. Awak tau tak interview awak esok?
Aku: Hah, esok? Tak tau pun.
En. Ahmad: Ye, esok jam 9 pagi di RHB Center kat Jln Tun Razak. Aku hantar email kat awak, tapi email tu bounce balik. Dalam tu ader borang yang awak kene isi dan dokumen yg awak kene sediakan.
Aku: Lorh, yeke? Cmne leh bounce? Xpe2, try hantar lagi skali. Klau xleh gak try kat email yahoo saya.
En. Ahmad: Ok, aku try hantar lagi sekali.
Aku: Thanks, En. Ahmad sbb bagi info.
tut..tut..tut..


Entry nie aku just nk bgtau kat korg sume yang aku ader interview esok. So, korg doa2 kan la kejayaan dalam kerjaya aku ek.

Tuesday, December 15, 2009

Memperkenalkan...

Salam all.. Harap semuanya sihat2 hendaknya.

Entry kali nie bertujuan untuk memperkenalkan blog aku yang ke-2 iaitu Gelak dan Ketawa (G&K). Actually G&K dah lama beroperasi tapi belum mendapat pendedahan yang cukup. So kali nie aku nak mendedahkan blog G&K la.




Melihat pada namanya, pasti semua sedia maklum kandungan yang terdapat dalam blog G&K nie kan. Blog G&K nie, aku nak jadikan sebagai arkib untuk bahan-bahan berunsur lucu seperti cerita jenaka, gambar atau apa saja artikel yang mempunyai tahap kelucuan yang boleh buat reader tergelak.

So dengan pendedahan G&K nie, aku harap korg singgah2 la kat G&K nie. Klau korg ader bahan-bahan utk dicontributekan, korg boleh forwardkan pada email aku >>disini<<.

And lastly, aku akan membuat beberapa pembaharuan kecil pada KayZ's World. So check it out later.

Saturday, December 12, 2009

Doa ku... Khas buat mu...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu kekal abadi
Dan Ya Allah Ya Tuhanku
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi, Ya Allah Ya Tuhanku,
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku,
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah,
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah ditakdirkan
Adalah yang terbaik buat diriku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Monday, December 7, 2009

Hari AKU 7 Disember and Entry Pangkor.

Salam to all my readers, clickers, and blogwalkers yang menerjah blog aku nie.

First of all, aku nk bgtau yang hari nie adalah hari dimana umurku semakin bertambah. 7 Disember merupakan tarikh keramat bagiku. Walaupun tiada sambutan, tapi aku dah biasa begini. Whatever pun, it's not the end of the world.

Tapi, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada rakan2 yang telah bersama menjayakan Cuti-cuti Malaysia - Pulau Pangkor pada 5-6 Disember; Najib, Mario, Paul, Azie, Nad, Ummu, Mala, dan Noya. Event nie aku anggap sebagai event birthday aku yang paling best.


Kat Jeti Lumut
(Mala, Azie, Ummu, Nad)


Aku



Dalam Feri
(Mario, Najib, Aku, Mala, Nad, Ummu)


Aktiviti yang kami buat kat sana ialah BBQ, Snorkeling, boat trip. Tak banyak aktiviti memandangkan kami  hanya pergi 2 hari 1 malam jer. Lagipun kami check-in dah petang.

Lps check-in, kami ke pantai utk makan (sbb perut pun dah lapar) dan survey aktiviti2 yang disediakan kat sana. Dah puas round2 pantai, kami balik ke bilik utk siapkan barang2 nk BBQ malam nt.


BBQ Time

BBQ Time

BBQ Time

Pagi esoknya, dalam kul 7 lebih kami turun ke pantai utk aktiviti snorkeling. Kat sana kami dpt tengok ikan2 terumbu makan di tapak tangan kami. Gambar xdapat aku snap sbb camera aku bkn jenis waterproof.


Port snorkeling

Walaupun masa yg singkat utk kitorg bercuti, tapi mmg best. Dapat bercuti ke Pulau Pangkor dgn mmbr2 buat fikiran aku tenang tak memikirkan masalah yg aku hadapi. Aku lega kerana di Pulau Pangkor, aku dapat membuat satu keputusan yang sebelum nie tak boleh aku buat.

So that's all for now. Salam.