Kurang dari seminggu lagi tahun 2009 melabuhkan tirainya. Pada waktu sebegini ramai orang sedang bergembira, meluangkan masa bersama ahli keluarga. Tak kurang juga dengan kenduri kahwin yang banyak dilangsungkan pada penghujung tahun.
Pada hari ini, kita dikejutkan dengan peristiwa kemalangan melibatkan bas ekspres milik Syarikat Bas Sani Ekspres. Kemalangan berlaku pada jam 1 pagi di lebuhraya PLUS Ipoh menghala ke utara. 10 penumpang terkorban. Punca kemalangan, pemandu terlelap. Al-Fatihah buat mangsa-mangsa terkorban.
Berita ini aku dapat tau kat Buletin Utama, TV3. Masa tu aku baru sampai kat rumah dari Miri. Kami semua terkedu mendengar berita yang mengejutkan itu.
Oklah. Lupakan seketika berita tu.
Hari ini aku ke Miri untuk berjalan-jalan disana. Kami keluar jam 9 pagi dari Bintulu. Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Miri, kami mencari kedai makan. Masing-masing dah lapar dek kerana masa perjalanan yang lama. Lepas makan, kami memulakan misi utama iaitu shopping. Kain batik Sarawak dan cenderamata menjadi target. Agak lama la kami kat tempat shopping (sori, nama tempat xingat la).
Lebih kurang jam 3 petang kami bergerak pulang. Sebelum pulang kami ke kedai makan untuk makan lagi sekali. Hehe, makan jer. Yela, perjalanan selama 2 jam tuh. Dalam jam 5.30 petang kami sambung perjalanan untuk pulang. Kami sampai ke rumah tempat kami menumpang pada jam 7.30 malam.
Dalam perjalanan pulang, kami melalui simpang ke Taman Negara Niah. Walaupun tak dapat bergambar di Gua Niah, bergambar dgn signboard pun jadilah... haha
Esok aku akan pulang ke Semenanjung. Flight lebih kurang jam 4 petang.
Untuk membengongkan diri aku kat sini, aku akan kira bilangan kereta Myvi putih yang aku jumpa esok sepanjang perjalanan aku di sini sehingga aku naik flight. Haha...
Kenapa Myvi putih?
Kerana aku kini mengalami penyakit yang sangat kritikal yang dinamakan Penyakit Kenangan Myvi Putih.
"Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia..."
No comments:
Post a Comment