Attention READERS!

Salam Readers...
Salam Lebaran 2011 buat warga-warga readers yang sudi lalu lalang kat blog KayZ's World ini. Semoga raya kali ini lebih bermakna buat kalian.



Thanks to all who visited my blog and click2 the nuff ads. I appreciated it a lot. I really really appreciated if you can spend your time to read what I have written in this blog and give comments regarding the topic.



READ::COMMENT::CLICK2



Harap Maklum

Klik-klik

Wednesday, December 30, 2009

Journey Log: 25 Disember 2009 >>

Kedatangan aku ke Sarawak nie adalah kerana menghadiri majlis kahwin sepupu aku di Bintulu pada hari ini. Kami merupakan wakil2 keluarga pengantin perempuan yang menghadiri majlis perkahwinan.

Pada kebiasaannya, tentatif majlis kenduri kahwin di Semenanjung Malaysia bermula pada tengahari. Pengantin bersanding selepas Zohor dan majlis akan berakhir pada jam 4 petang. Tapi berlainan di sini.

Majlis kenduri di sini bermula pada awal pagi, lebih kurang jam 8.30 pagi, dengan menu makanan berat. Majlis berakhir sebelum jam 12 tengahari kerana solat Jumaat akan berlangsung jam 12.30. Huhu, terasa pelik aku kat sini. Tapi takpe, bukan kat semua tempat sama caranya. Di sini caranya begini.

Lagi satu kelainan majlis kahwin di sini ialah susun atur tempat jamuan para tetamu. Tak tau la ia disengajakan ataupun sebaliknya, tapi di sini tempat jamuan tetamu tidak disediakan meja makan. Hanya kerusi sahaja disediakan. Walaupun begitu, para tetamu yang hadir sangat sporting kerana walaupun begitu, mereka tidak merungut. Tempat duduk dah penuh, mereka sanggup tunggu sehingga tetamu yang duduk selesai makan dan beredar, barulah mereka duduk dan menjamu selera.

Tapi bagus jugak dyorg buat camtu, sbb nanti xde la tetamu yang akan dok melepak smpi kenduri abes. Ehehe...

Cuba bayangkan, kalau berlaku di Semenanjung, apa yang akan berlaku agaknya ya?

Buat sementara waktu aku di sini, aku mengalami sedikit kekeliruan. Langit cerah sangat awal, dan gelap sangat awal. Haha, terasa pelik sedikit pada awalnya. Tapi memang aku sedia maklum, yang peredaran waktu di sini lebih awal dari Semenanjung.


Majlis Kenduri di rumah pengantin lelaki..



Akak aku dgn anaknya..
 

Ruang jamuan..


Team berzanji & kompang..


Team khatam Al-Quran..


Bacaan doa..


Juadah kenduri.. Pagi2 dh makan cmni..


Pengantin dah sampai..


Berarak menaiki kereta..


Pasangan pengantin bersama pengapitnya..

 
Pasangan raja sehari yang dirai..



No comments:

Post a Comment