Hari nie hari terakhir aku kat Sarawak. Sayu terasa nak tinggalkan Bumi Kenyalang. Sayu sebab banyak tempat-tempat yang menarik yang tak dapat aku lawat. Huhu.
Pagi nie kami pusing-pusing di Bintulu saja. Shopping lagi, mencari cenderamata dan kek lapis Sarawak. Banyak jugak la kami borong kek lapis.
***
Sekarang nie aku kat airport Bintulu. Sepanjang perjalanan nie, dari pagi hingga ke sini aku kira ada 22 biji Myvi putih yang aku temui. Jam sekarang pukul 2.10 petang. Kami belum boleh lagi check-in buat masa nie. Hujan pun dah berenti. Harap-harap lah tak hujan lagi lepas nie. Kalau hujan lebat nanti, maknanya flight kami dalam jam 4 petang akan delay.
Kami nak makan, isi perut buat bekalan perjalanan kami di udara. Nak beli makanan kat dalam flight Air Asia, mahal pulak. So, isi kat darat lah sebelum terbang.
***
Seperti yang dijangkakan, flight kami delayed kerana keadaan hujan yang sangat lebat. Dijangkakan berlepas jam 4 petang, tetapi ditangguhkan selama sejam.
***
Aku berada dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Flight ku mendarat tadi pada jam 7 malam. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Semenanjung.
Flight kami berlepas pada jam 5 petang. Dalam flight tadi kami mengalami beberapa gegaran tapi tak la kritikal. 2 gegaran berlaku beberapa minit selepas flight berlepas. Mungkin oleh kerana turbulence ringan yang berlaku di ruang udara Bintulu. Terasa agak cemas pada masa tu.
Perjalananku ke Bumi Kenyalang sangat best dan tak dapat dilupakan. Aku harap aku dapat menjejakkan kaki aku ke Bumi Kenyalang lagi.
Ubat kencing manis ada jual di farmasi
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment