Bagi aku, sekarang nie hujung minggu cukup membosankan. Tanpa ada sebarang aktiviti yang boleh dilakukan. Duduk di rumah, mengadap laptop Compaq sambil ditemani Kitty kesayanganku.
Dulu masa berpacaran, hujung minggu adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. Hujung minggulah masa akan dihabiskan bersama. Hujung minggulah waktunya membina memori dan kenangan manis. Tapi kini tidak lagi. Semuanya telah berlalu.
Semua rakan-rakan yang mengenaliku mesti tertanya-tanya mengapa aku mengeluarkan kenyataan sedemikian. Manakan tidak, entryku sebelum ini mengatakan kami telah berdamai (Entry: What is going on...?). Memang kami telah berdamai tetapi perdamaian yang kami kecapi bukan bermakna keadaan telah kembali seperti sediakala.
Ya, kami telah berdamai walaupun bukan seperti dulu. Tiada lagi hujung minggu untuk bersama. Tiada lagi memori dan kenangan indah yang akan dibina. Tiada lagi hari untuk ditunggu. Ya, kami tidak lagi berdua.
Tapi, perpisahan kami bukan perpisahan yang sia-sia. Perpisahan kami ada tujuannya. Memberi masa untuk kami mengenali diri sendiri dan potensi kami untuk menghadapi dunia nyata tanpa gangguan dari kedua-dua pihak. Kami mengerti masih terlalu awal untuk kami membina kebahagiaan bersama. (*dengan keadaan kewangan yang masih belum stabil*)
Bukan mudah untuk aku terima perpisahan ini setelah 3 tahun hubungan terjalin. Amat perit dan pilu. Tetapi, terpaksa jua aku lalui demi kebahagiannya, kerana itu adalah permintaannya. Tak mengapalah. Jika dia bahagia begitu, sudah cukup baik bagiku.
Doaku, semoga kami akan dipertemukan kembali dengan kebahagiaan sepanjang hayat.
Ubat kencing manis ada jual di farmasi
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment